Bumi

 

Bumi

 

Sistem Fizikal Bumi

 

Terdiri daripada:

  • Atmosfera
    • Atmosfera ialah lapisan udara yang menyelubungi bumi.
    • Lapisan ini mengandungi pelbagai jenis gas, debu, habuk, asap serta wap air.
  • Hidrosfera
    • Hidrosfera meliputi semua bahagian air yang wujud di bumi.
    • Bahagian tersebut merangkumi air laut, air tasik, air sungai, air bawah tanah, air paya dan litupan ais.
  • Biosfera
    • Biosfera ialah kawasan yang didiami oleh semua benda hidup, iaitu manusia, haiwan dan tumbuhan.
    • Kawasan tersebut melibatkan bahagian kerak bumi dan atmosfera.
  • Litosfera
    • Litosfera ialah lapisan luar bumi yang merangkumi bahagian kerak bumi dan bahagian atas mantel.
    • Bahagian tersebut mengandungi pelbagai jenis batuan dan mineral.
 
Struktur Bumi
 
 

Bumi terdiri daripada tiga laspisan, iaitu :

  • Kerak bumi
    • Lapisan bumi yang paling keras dan pejal 
    • Terdiri daripada dua lapisan, iaitu sial (silika dan aluminium) dan sima (silika dan magnesium)
      • Sial terletak di bahagian atas kerak bumi dan membentuk benua di permukaan bumi.
      • Sima terletak di bawah sial dan di dasar lautan.
  • Mantel
    • Terletak di bawah lapisan kerak bumi.
    • Merangkumi dua pertiga jisim bumi.
    • Bersifat pepejal tetapi lapisan luarnya bersifat separa cecair.
  • Teras bumi
    • Merupakan lapisan yang paling dalam.
    • Mengalami tekanan yang kuat dan suhu yang sangat tinggi.
    • Terbahagi kepada dua, iaitu teras luar dan teras dalam.
 
Benua, Lautan, laut Utama Dan Selat
 

Benua merupakan daratan yang sangat luas pada permukaan bumi.

Terdapat tujuh benua yang dikelilingi oleh lima lautan luas.

Selain lautan, terdapat juga laut utama dan selat yang penting.

Benua

  • Benua Asia
    • Benua terbesar di dunia.
    • Meliputi keluasan kira-kira 55.8 juta kilometer persegi.
  • Benua Afrika
    • Benua yang kedua terbesar di dunia.
    • Meliputi keluasan kira-kira 30 juta kilometer persegi.
  • Benua Amerika Utara
    • Benua yang ketiga terbesar di dunia.
    • Meliputi kawasan seluas kira-kira 24.5 juta kilometer persegi.
  • Benua Amerika Selatan
    • Benua yang keempat terbesar di dunia.
    • Meliputi kawasan seluas kira-kira 17.8 juta kilometer persegi.
  • Benua Amerika Selatan
    • Benua yang keempat terbesar di dunia.
    • Meliputi kawasan seluas kira-kira 17.8 juta kilometer persegi.
  • Benua Antartika
    • Benua yang terletak paling selatan.
    • Meliputi kawasan seluas kira-kira 14 juta kilometer persegi.
  • Benua Eropah
    • Benua yang kedua terkecil di dunia. 
    • Meliputi keluasan kira-kira 10.4 juta kilometer persegi.
  • Benua Australia
    • Benua yang paling mendatar di dunia.
    • Meliputi keluasan kira-kira 7.6 juta kilometer persegi.
 

Lautan, laut utama dan selat

  • Lautan Pasifik
    • Lautan terbesar di dunia
    • Purata kedalaman 4300 m
  • Lautan Artik
    • Lautan terkecil dan tercetek di dunia
    • Terletak berdekatan dengan Kutub Utara
  • Lautan Atlantik
    • Lautan kedua terbesar di dunia
    • Memanjang dari utara ke selatan dan membentuk seakan-akan huruf ‘S’
  • Lautan Hindi
    • Lautan ketiga terbesar di dunia
    • Bersempadan dengan benua Asia, Afrika dan Australia 
    • Purata kedalamannya 3900 m
  • Lautan Selatan
    • Lautan yang mengelilingi benua Antartika
  • Laut China Selatan
    • Terletak dalam lingkungan Lautan Pasifik
    • Merangkumi perairan bermula dari Selat Melaka hingga ke Selat Taiwan
  • Laut Sulu
    • Terletak di bahagian barat daya Filipina, berhampiran Pulau Borneo
  • Selat Melaka
    • Terletak di perairan antara Semenanjung Malaysia dengan Pulau Sumatera (Indonesia)
    • Selat terpanjang di dunia
  • Selat Tebrau
    • Merupakan kawasan perairan sempit yang memisahkan Semenanjung Malaysia dengan Singapura
 
Kesan pergerak kerak Bumi
 

Permukaan bumi terdiri daripada lapisan kerak bumi yang dikenali sebagai plat.

Plat tersebut terbahagi kepada dua iaitu:

  • plat daratan
  • plat lautan

Lapisan plat bumi berada di atas lapisan mantel.

Pengaruh arus perolakan di lapisan mantel menyebabkan plat bumi bergerak.

Pergerakan kerak bumi atau plat melibatkan proses pertembungan dan pencapahan.

Proses ini seterusnya menyebabkan pelbagai kesan kepada pembentukan muka bumi.

Antara kesannya ialah:

  • Hanyutan Benua
    • Pencapahan atau pemisahan plat menyebabkan berlakunya perubahan kedudukan benua.
    • Walaupun proses pemisahan plat terjadi dengan sangat perlahan, ahli sains membuktikan kemungkinan kedudukan benua pada masa sekarang adalah kesan daripada hanyutan benua.
  • Gunung Lipat
    • Pergerakan dan pertembungan plat bumi akan menyebabkan berlakunya pembentukan gunung lipat.
    • Pergerakan dan pertembungan itu berlaku apabila terdapatnya daya mampatan pada kerak bumi.
    • Tolakan serta himpitan dua plat dari arah bertentangan akan menyebabkan kerak bumi termampat, seterusnya membentuk banjaran gunung lipat.
  • Gunung Bongkah
    • Gunung bongkah terbentuk akibat pergerakan kerak bumi yang disebut gelinciran atau sesaran.
    • Proses gelinciran biasanya berlaku di sempadan plat bumi di daratan atau di lautan akibat pengaruh daya tegangan atau mampatan.
  • Gempa Bumi
    • Gempa bumi berlaku apabila wujudnya daya tekanan akibat pertembungan dan himpitan antara plat.
    • Proses tersebut akan menghasilkan gegaran di kawasan sempadan plat.
    • Kejadian gempa bumi di dasar laut berpotensi mengakibatkan tsunami.
  • Gunung Berapi
    • Gunung berapi terbentuk apabila berlakunya pertembungan dua plat yang mewujudkan zon benam.
    • Salah satu plat akan terjunam ke bawah seterusnya bertemu dengan lapisan mantel.
    • Proses tersebut akan membentuk magma dan lava.
    • Plat yang terangkat akibat pertembungan akan membentuk gunung dan rekahan.
    • Cecair magma akan keluar memenuhi rekahan pada plat bumi seterusnya membentuk gunung berapi.