Peta Lakar

 

 

Peta Lakar

 
Ciri - ciri Peta Lakar
 
  • Peta lakar ialah gambaran permukaan bumi yang dilukis dari pandangan atas
  • Peta lakar mewakili kawasan berskala besar bagi menggambarkan ciri - ciri pandang darat fizikal dan pandang darat budaya
  • Peta lakar dilukis dengan menggunakan simbol dan singkatan perkataan untuk menggantikan ciri sebenar
 
Simbol - simbol Dalam Peta Lakar
 

Simbol merupakan lambang yang mewakili ciri - ciri dalam peta lakar

Terdapat 4 jenis simbol yang biasa digunakan :

  1. Simbol kawasan
  2. Simbol titik
  3. Simbol garisan
  4. Singkatan perkataan
 
Pandang Darat Fizikal dan Pandang Darat Budaya
 

Pandang darat fizikal ialah ciri - ciri semula jadi

Contoh ciri - ciri semula jadi :

  1. Bentuk muka bumi
  2. Saliran
  3. Tumbuh - tumbuhan semula jadi

Pandang darat budaya ialah ciri - ciri buatan manusia

Contoh ciri - ciri buatan manusia :

  1. Petempatan
  2. Pengangkutan
  3. Kegiatan ekonomi
 
Langkah - langkah Melukis Peta Lakar
 
  1. Tulis tajuk peta lakar serta lukis pemidang peta
  2. Masukkan arah mata angin
  3. Pilih simbol dan singkatan perkataan yang sesuai
  4. Lukis ciri-ciri geografi dengan menggunakan simbol dan singkatan perkataan yang sesuai
  5. Lukis petunjuk