15: Peribahasa

15 Peribahasa
 
DEFINISI
  • Peribahasa merupakan susunan kata yang mempunya maksud yang tersirat.
  • Peribahasa selalunya digunakan untuk menyampaikan teguran, nasihat, ingatan atau sindiran dalam bentuk kiasan yang digunakan sejak zaman dahulu  yang telah diwarisi sejak zaman berzaman.
  • Peribahasa merupakan kata-kata kiasan yang dicipta berdasarkan kehidupan seharian masyarakat
 
Komponen Peribahasa
 
Simpulan Bahasa
  • Peribahasa boleh dibahagikan kepada beberapa bahagian iaitu simpulan bahasa, bidalan, perumpamaan dan pepatah.
  • Simpulan bahasa bermakna rangkaian kata yang biasanya terdiri daripada dua atau tuga perkataan dan mempunyai maksud yang berlainan daripada makna asal perkataan tersebut.
  • Simpulan bahasa merupakan salah satu cabang peribahasa dan ianya adalah bentuk peribahasa yang paling mudah.
  • Berikut adalah contoh simpulan bahasa dan contoh ayat yang menggunakannya.
 

Buah tangan

Maksud Contoh Ayat
Barang yang dibeli ketika berada di tempat lain Banyak buah tangan yang Imran bawa dari Sabah untuk diberikan kepada keluarganya.

 

Berat sebelah

Maksud Contoh Ayat
Tidak berlaku adil Sikap berat sebelah ketua kampung itu amat tidak disenangi oleh penduduk kampung.

 

Ayam tambatan

Maksud Contoh Ayat
Orang yang menjadi harapan Kamal menjadi ayam tambatan pasukan bola sepak sekolah kerana kehandalannya menjaringkan gol.

 

Makan Angin

Maksud Contoh Ayat
Bersiar-siar Minggu lepas adik dan rakan-rakannya makan angin ke Singapura.
 
Bidalan 
 
  • Bidalan merupakan susunan kata-kata yang sering digunakan untuk memberi nasihat dan pengajaran.
  • Bidalan tidak didahului oleh kata sendi nama contohnya seperti, bagai dan umpama.
  • Berikut adalah maksud dan contoh ayat bidalan. 
 

Belum duduk, sudah berlunjur

Maksud Contoh ayat
Belum mendapat benda yang di inginkan tapi sudah berasa gembira  Walaupun keputusan peperiksaan masih belum di umumkan namun Irfan sudah meminta hadiah dari ibunya untuk keputusannya yang cemerlang. Sifat Irfan ini ibarat belum duduk sudah terlunjur.

 

Biar lambat, asalkan selamat 

Maksud Contoh ayat
Membuat sesuatu pekerjaan dengan cermat dan berhati-hati Siti membuat tugasan yang diberikan oleh majikannya dengan cermat dan berhati-hati. Bagi Siti biar lambat asalkan selamat.

 

Buang yang keruh, ambil yang jernih

Maksud Contoh ayat
Melupakan perkara yang tidak elok dan mengingati perkara yang baik sahaja Aiman dan Ali sudah berdamai dan mereka telah melupakan perkara buruk yang berlaku antara mereka dan akan ingat perkara yang baik. Hal ini kerana, mereka telah buang yang keruh, ambil yang jernih. 

 

Naik tangga dari bawah

Maksud Contoh ayat
Kejayaan tidak datang dengan tiba-tiba  Mira berusaha bersungguh-sungguh untuk mendapatkan keputusan yang cemerlang dalam peperiksaan. Bagi dia naik tangga dari bawah.

 

Perumpamaan
 
  • Perumpamaan ialah susunan kata-kata ringkas yang mempunyai maksud tersurat dan tersirat.
  • Perumpamaan selalunya didahului oleh kata sendi nama contohnya seperti, bagai dan umpama.
 

Bagai aur dengan tebing

Makna Contoh ayat
Sikap tolong-menolong antara satu sama lain Penduduk kampung itu bagai aur dengan tebing semasa menyelesaikan masalah yang berlaku di kampung mereka.

 

Bagai isi dengan kuku

Makna Contoh ayat
Persahabatan yang sangat rapat Hubungan Siti dan Aminah amat rapat bagai isi dengan kuku kerana mereka sudah berkawan sejak dari kecil. 

 

Seperti anak ayam kehilangan ibu

Makna Contoh ayat
Tiada tempat bergantung Semenjak kematian ibu bapa, Ali seperti anak ayam kehilangan ibu kerana dia sudah tidak mempunyai tempat bergantung

 

Seperti anjing dengan kucing

Makna Contoh ayat
Adik-beradik yang suka bergaduh Amin dan adik-beradiknya sering bergaduh antara satu sama lain. Perangai mereka seperti anjing dengan kucing.
 
Peribahasa
 
Peribahasa ialah susunun kata yang mempunyai makna yang tertentu dan ianya selalu digunakan untuk menyampaikan nasihat, tuguran atau sindiran. Berikut adalah contoh peribahasa dan maksudnya.
 
Peribahasa Makna peribahasa
Sambil menyelam minum air Melakukan dua perkara dalam satu pekerjaan 
Bukit sama didaki, lurah sama dituruni  Membuat pekerjaan yang susah dan senang bersama-sama
Bagai kaca terhempas ke batu Perasaan yang sedih dan kecewa
Bulat air kerana pembentung, bulat manusia kerana muafakat Mendapat kejayaan disebabkan seluruh pihak bekerjasama dan bersatu hati antara satu sama lain