11: Kata Tanya

11 Kata Tanya
 
DEFINISI
  • Kata tanya ialah ayat yang digunakan untuk bertanyakan tentang sesuatu perkara.
  • Selalunya kata tanya akan diikuti dengan kata penegas -kah yang hadir pada penghujung ayat. 
  • Ayat tanya selalu di tutur dengan menggunakan nada yang tinggi sebelum menjadi rendah pada akhir ayat.
 
Fungsi dan Jenis Kata Tanya
 
 

Di bawah adalah fungsi dan jenis-jenis kata tanya.

Jenis kata tanya Fungsi kata tanya
Siapa Digunakan untuk bertanya mengenai orang atau manusia
Apa Digunakan untuk bertanya mengenai sesuatu yang tidak pasti
Mana Digunakan untuk menanyakan sesuatu yang melibatkan arah atau tempat
Bila Digunakan untuk bertanya mengenai masa atau sesuatu tempoh masa
Berapa Lazimnya, digunakan untuk bertanya mengenai jumlah atau harga
Mengapa Digunakan untuk mengetahui sebab perkara itu berlaku dengan lebih terperinci
Kenapa Digunakan untuk mengetahui sebab perkara itu berlaku
Bagaimana Digunakan untuk menanyakan keadaan atau cara untuk melakukan sesuatu
 

Berikut adalah contoh kata tanya

Kata tanya Contoh ayat
Siapa Nama awak siapa ?
Bila Bila ibu akan bertolak ke Kuala Lumpur ?
Berapa Berapa orang yang menyertai rombongan itu? 
Bagaimana Bagaimana kamu boleh terlibat dalam kes tersebut?
 
Struktur Kata Tanya
 

Kata tanya boleh dibahagikan kepada dua struktur iaitu

  • Kata tanya pada awal ayat perlu disertakan partikel '-kah.'
  • Kata tanya mesti diakhiri dengan tanda tanya '?'
  • Kata tanya boleh juga hadir dalam bentuk ayat pasif
 

Berikut ialah contoh kata tanya pada awal ayat dan pada akhir ayat

Kata tanya pada awal ayat Kata tanya pada akhir ayat
Siapakah yang datang ke rumah tadi ? Ibu pergi ke pasar dengan siapa ?
Bilakah Aiman akan bertolak ke ibu kota ? Bila kamu hendak membeli barang itu ?
Bagaimanakah cara hendak membuat kek pisang ? Dalam beg kamu ada apa ?
Mengapakah Ali tidak hadir ke sekolah ? Kerja rumah yang diberi oleh cikgu sudah siap ?