10: Kata Majmuk

10 Kata Majmuk 
 
DEFINISI
  • Kata majmuk berlaku apabila dua atau lebih kata dasar dirangkaikan untuk membawa makna yang tertentu.
  • Terdapat kata majmuk yang bercantum dan terpisah.
 
Kata majmuk boleh dibahagikan ke beberapa jenis iaitu : 
 
 
 
Kata Majmuk Rangkai Kata Bebas
 
  • Perkataan dalam kata majmuk ini mempunyai makna yang tersendiri dan tiada hubungan antara perkataan pertama dengan perkataan kedua.
  • Berikut adalah contoh kata majmuk rangkai kata bebas. 
 

Antara contoh kata majmuk rangkai kata bebas ialah :

  • Kereta api 
  • Bulan madu
  • jalan raya 
  • Balai polis 
  • Ambil alih 
Kata Majmuk Istilah Khusus
 
  • Kata majmuk istilah khusus terdiri daripada kata yang digunakan untuk merujuk kepada istilah tertentu dalam sesuatu bidang ilmu.
  • Selalunya kata ini digunakan dalam bidang sains, matematik dan geografi.
  • Contoh perkataan yang mengunakan kata majmuk istilah khusus boleh dilihat di bawah.
 
Bahan kimia  Deria bau
Garam mineral  Akar tunjang 
Lut sinar    Kemas kini 
Atur cara   Cari gali 
 
Kata Majmuk Simpulan Bahasa 
 
 
  • Kata majmuk simpulan bahasa merupakan kata yang terhasil dari pengunaan simpulan bahasa.
  • Kebanyakan peribahasa adalah dalam bentuk kata majmuk. Contoh peribahasa yang terdapat dalam kata majmuk simpulan bahasa boleh dilihat dibawah.
 
Simpulan Bahasa Maksud Contoh ayat
Makan angin Bersiar-siar Ali dan keluarganya pergi ke Sabah selama seminggu untuk makan angin.    
Anak emas  Orang yang disayangi atau dihargai oleh ibu bapa atau majikan  Oleh kerana Abu adalah seorang yang rajin dan jujur semasa melakukan pekerjaan dia menjadi anak emas syarikat itu. 
Buah tangan   Hadiah yang dibawa oleh seseorang yang telah pergi ke suatu tempat Ali memberi buah tangan yang dibeli oleh beliau semasa berada dia luar negara.
Pilih kasih  Berat sebelah atau melebihkan seseorang dalam setiap perkara Semasa membesarkan kami ayah tidak pernah mengamalkan sikap pilih kasih
 
Penggandaan Kata Majmuk 
 
  • Penggandaan kata majmuk berlaku apabila kata majmuk digandakan dan ianya hanya melibatkan kata yang pertama.
  • Pengandaan boleh juga berlaku kepada simpulan bahasa dan bentuk yang sudah mantap tetapi ianya akan melibatkan kesuluruhan kata tersebut.
 
Contoh penggandaan kata majmuk yang melibatkan kata yang pertama
 
Kata tunggal Kata jamak
Jalan raya Jalan-jalan raya
Kapal terbang Kapal-kapal terbang
Suku kata Suku-suku kata
 
Contoh penggandaan kata majmuk yang melibatkan bentul yang sudah lengkap
 
Kata tunggal Kata jamak
Kakitangan Kakitangan-kakitangan
Sukacita Sukacita-sukacita
Bumiputera Bumiputera-bumiputera
 
Kata Majmuk Mantap
 
  • Kata majmuk yang sudah mantap merupakan perkataan yang biasanya dieja sebagai satu perkataan.
  • Dibawah ialah contoh kata yang dieja sebagai satu perkataan
 
Antarabangsa Sukacita
Jawatan kuasa Dukacita
Olahraga Kerjasama
Tanggungjawab Pesuruhjaya
Daripada Hulubalang