05: Kata hubung

5 Definisi Kata Hubung
 
DEFINISI

Kata hubung ialah perkataan yang digunakan untuk menggabungkan perkataan dengan perkataan yang lain supaya menjadi ayat majmuk. Antara contoh kata hubung yang biasa digunakan ialah dan, sambil, manakala, lalu dan kerana. 

 
 

Kata hubung boleh dibahagikan kepada tiga jenis iaitu

  1. Kata hubung gabungan
  2. Kata hubung pancangan
  3. Kata hubung berpasangan
 
Kata Hubung Gabungan 
 
Kata hubung gabungan ialah kata hubung yang digunakan untuk menggabungkan dua ayat atau lebih yang sama penting kedudukan dan sifatnya. Ayat yang terhasil dari gabungan ini disebut sebagai ayat majmuk gabungan.
 
Berikut adalah contoh kata dan ayat hubung gabungan.
 
Kata gabungan Contoh ayat
Dan Ali dan Abu adalah adik-beradaik. 
Kecuali Kamal akan bermain bola pada petang ini kecuali jika hujan .
Tetapi Siti seorang pelajar yang pandai tetapi tidak rajin membantu rakan-rakannya.
Atau Ali menyertai pertandingan itu atau tidak?
 
Kata Hubung Pancangan 
 

Kata hubung pancangan berfungsi untuk menyambungkan satu ayat induk dengan satu atau lebih ayat kecil. Kata hubung pancangan boleh dibahagikan kepada tiga jenis iaitu.

  1. Kata hubung pancangan relatif
  2. Kata hubung pancangan komplemen
  3. Kata hubung pancangan keterangan
 
Kata Hubung Pancangan Relatif 
 
Kata hubung pancangan relatif ialah kata yang menghubungkan klausa utama dengan satu klausa yang kecil.  
 

Bentuk kata hubung yang digunakan dalam kata hubung ini ialah 'yang', Berikut adalah contoh ayat dalam kata hubung pancangan relatif.

  • Pak Ali mempunyai dusun durian yang paling besar di kampung itu.
  • Kakak makan makanan yang dibeli oleh ibu. 
 
Kata Hubung Pancangan Komplemen 
 
Kata hubung pancangan komplemen menghubungkan satu klausa sebagai pelengkap kepada satu klausa utama. Antara contoh kata komplemen atau pelengkap yang sering digunakan ialah "bahawa" dan "untuk".
 

Berikut adalah contoh ayat dalam kata hubung pancangan komplemen. 

  • Pihak polis telah memberitahu bahawa kes jenayah tersebut telah berjaya diselesaikan.
  • Ibu menasihati adik bahawa pemakanan yang tidak sihat boleh mendatangkan penyakit berbahaya.
  • Sayur-sayuran berkhasiat untuk tubuh badan manusia.
  • Ali pergi ke kelas tambahan untuk memastikan bahawa dia mempunyai ilmu yang cukup untuk menghadapi peperiksaan.  .
 
Kata Hubung Pancangan Keterangan 
 
  • Kata hubung pancangan keterangan berfungsi untuk memberi keterangan dengan menghubungkan klausa pertama dan klausa yang jadi penerangan. 
  • Antara contoh kata yang sering digunakan dalam kata hubung pancangan keterangan ialah kerana, agar, apabila, sekiranya, sementara, setelah, semenjak dan ketika.
  • Berikut adalah contoh kata hubung pancangan keterangan dan kegunaannya.
 

Menerangkan Waktu

Contoh perkataan Contoh Ayat
  • Sebelum
  • Setelah
  • Ketika
  • Selama
  • Sebelum pergi ke pejabat Ali bersarapan di rumah terlebih dahulu.
  • Setelah selesai menyapu halaman rumah ayah menyiram pokok pula.
  • Siti berada di sekolah ketika kemalangan itu berlaku. 
  • Zaleha telah tinggal di luar negara selama 20 tahun..

 

Menerangkan syarat atau situasi 

Contoh perkataan Contoh Ayat
  • Jika
  • Seandainya
  • Asalkan
  Jika hari hujan adik tidak akan pergi bermain bola.
     
  Seandainya Abu berjaya menyiapkan tugasan yang diberi dia akan menerima ganjaran dari majikannya.
     
  Kamu boleh menetap disini asalkan kamu membayar sewa pada setiap bulan.

 

Menerangkan akibat

Contoh perkataan Contoh Ayat
  • Hingga 
  • Sehingga
  • Hakim terlalu leka menonton television hingga dia lupa menyiapkan kerja yang diberi.
  • Siti bekerja keras di dalam syarikat itu sehingga dia dinaikkan pangkat.

 

Menerangkan sebab berlakunya sesuatu kejadian

Contoh perkataan Contoh Ayat
  • Oleh Sebab
  • Kerana
  Oleh sebab kelas tambahan yang diadakan itu mendapat sambutan yang menggalakkan pihak sekolah akan memberbanyakkan lagi aktiviti itu pada masa hadapan.
     
  Dia dipanggil oleh guru disiplin kerana dia ditangkap ponteng sekolah

 

Menerangkan perbandingan

Contoh perkataan Contoh Ayat
  • Bagai
  • Amin dan adik-adiknya bagai anjing dengan kucing kerana mereka sering bergaduh antara satu sama lain.

 

Menerangkan sesuatu perbuatan 

Contoh perkataan Contoh Ayat
  • Walaupun
  • Biarpun
  • Walaupun tidak sihat adik masih pergi ke sekolah.
  • Biarpun sudah menerima rawatan dari hospital penyakit Siti tidak sembuh-sembuh.

 

Menerangkan harapan yang boleh capai apabila melakukan sesuatu perkara

Contoh perkataan Contoh Ayat
  • Agar
  • Supaya
  • Siti melakukan dua pekerjaan dalam satu masa agar dia boleh menampung kos rawatan ibunya.
  • Ayah membersihkan kebun di belakrang rumah suapaya kelihatan kemas.

 

Keterangan tujuan digunakan untuk menerangkan maksud sesuatu perbuatan

Contoh perkataan Contoh Ayat
  • Bagi
  • Demi
  • Undang-undang tersebut diperkenalkan bagi menjaga keselamatan orang awam.
  • Demi meneruskan cita-cita beliau telah pergi ke luar negara untuk menyambung pelajaran.
 
Kata Hubung Berpasangan 
 
Kata hubung berpasangan ialah kata hubung yang digunakan secara berpasangan dalam satu ayat. Kata hubung ini selalu terdiri daripada gabungan kata hubung pancangan dan kata hubung gabungan. Beriku ialah ayat dan contoh kata hubung.
 
Perkataan Contoh ayat
Bukan sahaja     bahkan juga Abu bukan sahaja mahir dalam seni lukisan bahkan juga seorang pandai dalam pelajaran.
Daripada     lebih baik Daripada kamu duduk di rumah lebih baik kamu tolong ayah membersihkan kebun.
Walaupun     namun Walaupun Kamal sudah menjadi seorang jutawan namun dia masih mengamalkan gaya hidup berjimat.
Sama ada     ataupun Ibu menyuruh sama ada adik ataupun kakak untuk pergi ke kedai untuk membeli makanan.
Bukan sahaja     malah Siti bukan sahaja mahir dalam berpantun malah dia juga mahir dalam bersyair.