04: Kata Adjektif

4 Kata Adjektif
 
   
DEFINISI
  • Kata adjektif ialah kata yang diggunakan untuk menerangkan keadaan atau sifat sesuatu nama atau frasa nama.
  • Kata adjektif ialah kata yang diggunakan untuk menerangkan keadaan atau sifat sesuatu nama atau frasa nama.
 
 
 
Pengenalan Kepada Kata Adjektif 
 

Kata adjektif boleh di kenal pasti jika sesuatu kata itu boleh menerima kata penguat. 

Terdapat tiga jenis kata penguat iaitu

  • kata penguat hadapan yang datang sebelum kata adjektif,
  • kata penguat belakang yang ada selepas kata adjektif,
  • kata penguat bebas yang hadir sebelum atau selepas kata adjektif.

Contoh kata penguat boleh di lihat di rajah di bawah.

Kata Penguat Contoh Perkataan Jenis Ayat
Hadapan

Terlalu 

Paling

Agak

Buku yang terletak di atas rak meja itu terlalu tinggi untuk dicapai oleh adik. 

Iqmal adalah pelari paling laju di sekolah ini. 

Kereta buatan Jerman itu agak mahal untuk dibeli. 

Belakang

Sekali

Betul 

Benar

Hari ini panas sekali.

Banyak betul potongan harga yang ditawarkan oleh kedai ini.  

Air yang dihidangkan ini manis benar.

Bebas

Sangat

Sungguh

Amat

Makanan itu sangat pedas / Makanan itu pedas sangat

Baju di almari itu sungguh banyak / Baju di almari itu banyak sungguh

Hujan pagi ini amat lebat / Hujan pagi ini lebat amat

 
Jenis Kata Adjektif 
 
  1. Kata adjektif tunggal biasanya terdiri dari satu perkataan seperti cerdik, dekat, pemalu dan jauh 
  2. Kata adjektif terbitan adalah kata adjektif yang menerima imbuhan awalan, sisipan, akhiran dan apitan 
  3. Kata adjektif ganda terbahagi kepada dua iaitu kata ganda penuh di mana dilakukan dengan menggandakan kata adjektif tunggal untuk menjadikan sifat itu menyeluruh manakala kata ganda berentak dilakukan secara berentak untuk menyesuaikan bunyi supaya ianya sesuai dengan kata adjektif dasar.
  4. Kata adjektif majmuk adalah kata adjektif yang terhasil daripada dua atau lebih kata dasar yang membawa makna tertentu.
 
Kata Adjektif Tunggal
 
  • Kata adjektif tunggal ini wujud dalam satu bentuk kata tunggal atau satu perkataan sahaja.
  • Kata adjektif tunggal boleh dibahagikan kepada beberapa kategori seperti masa, ukuran, warna, waktu dan lain-lain
  • Kata adjektif tunggal juga wujud dalam bentuk kata dasar iaitu tanpa gabungan dengan imbuhan atau mengalami proses penggandaan. Contoh kata adjektif tunggal adalah seperti di bawah
 
Jenis kata adjektif tunggal  Contoh kata adjektif Contoh ayat
Kata adjektif masa 

Awal

Kerap

Kami sampai ke majlis itu lebih awal dari masa yang ditetapkan.

Ali kerap datang lewat ke sekolah.

Kata adjektif jarak  

Jauh

Hampir

Hakim duduk jauh dari tempat kerjanya

Siti hampir tiba ke kampung halamannya

Kata adjektif warna

Merah

Hitam

Kereta merah itu baru dibeli oleh ayah.

Pen hitam itu kepunyaan siapa ?

Kata adjektif sifat

Rajin

Malas

Pemuda itu digemari oleh orang ramai kerana sikapnya yang rajin menolong orang

Sikap malas Aiman amat tidak digemari oleh penduduk kampung. 

 
Kata Adjektif Terbitan 
 
Kata adjektif terbitan boleh terbahagi kepada tiga jenis iaitu imbuhan awalan, imbuhan apitan dan imbuhan sisipan. Rajah di bawah menunjukkan jenis-jenis imbuhan dan contoh ayat.
 

Imbuhan awalan

Se-

  • Kegunaan: untuk memberikan pengertian yang sama 
  • Contoh perkataan: Sehebat
  • Contoh ayat: Amin sehebat ayahnya dalam seni mempertahankan diri.

Ter-

  • Kegunaan: untuk membuat perbandingan atau menyatakan sesuatu
  • Contoh perkataan: Terkaya
  • Contoh ayat: Dia ialah orang terkaya dalam negara ini. 

 

Imbuhan apitan

Ke_an, pe_an, mem_i

  • Kegunaan: untuk menunjukkan sifat atau keadaan kata nama yang diterangkan
  • Contoh perkataan: Mempercayai
  • Contoh ayat: Amin sehebat ayahnya dalam seni mempertahankan diri.

 

Imbuhan sisipan

_el_ , _-em_ , _er_

  • Kegunaan: berlaku apabila terdapat pergabungan antara kata adjektif, kata dasar atau kata kerja dengan imbuhan sisipan
  • Contoh perkataan: 
    • Guruh > Gemuruh
    • Tunjuk > Telunjuk
    • Gilang> Gemilang
  • Contoh ayat: 
    • Siti mempercayai bahawa dia akan mendapat keputusan yang cemerlang dalam peperiksaan kali ini.
    • Kemalangan itu menyebabkan jari telunjuk adik patah. 
    • Sambutan hari raya itu disambut dengan gemilang
 
Kata Adjektif Berganda 
 
Kata adjektif berganda terbahagi kepada dua iaitu kata ganda penuh dan kata ganda berentak.
 
  • Kata ganda penuh berlaku dengan menggandakan kata adjektif tunggal untuk menjadikan sifat itu menyeluruh.
  • Kata ganda berentak dilakukan secara berentak untuk menyesuaikan bunyi supaya ianya sesuai dengan kata adjektif dasar.
 

Berikut adalah contoh penggunaan kata adjektif berganda.

Kata ganda penuh Kata ganda berentak
Budak-budak itu sedang bermain sorok-sorok Pihak polis telah lama memerhatikan tindak-tanduk penjenayah tersebut .
Meja-meja itu berada dalam keadaan tidak teratur Akibat bangun lambat abang menjadi kelam-kabut untuk bersiap ke sekolah.
Ali telah membaca buku-buku itu Suasa kampung menjadi haru-biru semasa kejadian banjir berlaku
 
Kata Adjektif Majmuk 
 
Kata adjektif majmuk adalah kata adjektif yang terhasil daripada merangkaikan dua atau lebih kata dasar yang membawa makna tertentu. Kata adjektif majmuk juga boleh diggunakan dengan simpulan bahasa.  Di bawah ialah contoh perkataan dan ayat untuk kata adjektif majmuk.
 
Perkataan Contoh ayat
Panjang Tangan Sikap panjang tangan Ali menyebabkan dia dikenakan tindakan oleh guru disiplin.
Berat mulut Siti adalah seorang yang berat mulut dan pemalu
Putih telur Baju pengantin itu berwarna putih telur.