01: Ayat sama maksud

1 Komponen Ayat Sama Maksud
 
DEFINISI
  • Ayat sama maksud ialah ayat yang menyampaikan maksud yang sama tetapi menggunakan susunan ayat yang berbeza
  • Ayat sama maksud datang dalam pelbagai jenis ayat seperti ayat perintah, ayat penyata dan ayat tanya
  • Terdapat beberapa elemen yang perlu dikenal pasti sebelum menukarkan ayat asal ke ayat yang lain tapi membawa maksud yang sama. Contoh boleh dilihat di bawah
 
 
Perkara Yang Perlu Dikenal Pasti Keterangan
Apa Apa perkara yang hendak disampaikan oleh pentutur kepada pendengar
Siapa Siapa yang terlibat dalam situasi ini. 
Bila Adakah berkara ini akan berlaku atau telah berlaku
 
Contoh Ayat Sama Maksud 
 
  • Di bawah adalah contoh ayat yang telah ditukar tetapi membawa maksud yang sama seperti ayat yang asal. 

Ayat asal: Pengetua sekolah mewajibkan para pelajar untuk menyertai aktiviti kokurikulum pada perhimpunan pagi ini.

Ayat sama maksud Elemen yang dikenal pasti
Pada perhimpunan pagi ini pelajar diberitahu oleh pengetua bahawa mereka wajib untuk menyertai aktiviti kokurikulum .

Siapa: Pengetua dan pelajar sekolah

Apa : Pengetua memberitahu pelajar bahawa mereka diwajibkan untuk menyertai aktiviti kokurikulum 

Bila: Pada perhimpunan pagi ini

 

Ayat asal: "Berlajarlah bersungguh-sungguh supaya nanti awak boleh mencapai kejayaan." nasihat abang kepada adik.

Ayat sama maksud Elemen yang dikenal pasti
Adik dinasihati oleh abang untuk berlajar bersungguh-sungguh supaya boleh mencapai kejayaan

Siapa: Abang dan adik

Apa: Abang menasihati adik untuk berlajar bersungguh-sungguh untuk mencapai kejayaan

 

Ayat asal: Ayah menyuruh adik untuk pergi membuat pemeriksaan kesihatan di hospital pada minggu hadapan.

Ayat sama maksud Elemen yang dikenal pasti
Adik disuruh oleh ayat untuk pergi ke hospital pada minggu hadapan untuk mendapatkan pemeriksaan kesihatan 

Siapa: Ayah dan adik

Apa: Ayah menyuruh adik untuk pergi ke hospital untuk mendapatkat rawatan kesihatan

Bila : Pada minggu hadapan

 

Ayat asal: Pihak polis telah menangkap seorang perempok ketika dia cuba untuk memecah masuk ke dalam rumah mangsa.

Ayat sama maksud Elemen yang dikenal pasti
Ketika hendak memecah masuk ke rumah mangsa perombak tersebut telah ditahan oleh pihak polik

Siapa: Polis dan perompak

Apa: Perompak ditahan ketika cuba memecah masuk ke rumah mangsa