Mekanisme Degupan Jantung

10.3 Mekanisme Denyutan Jantung
 
Pengenalan
  • Jantung terdiri daripada otot kardium yang bersilang dan bersambungan antara satu sama lain.
  • Susunan ini membenarkan impuls elektrik disebar dengan cepat melalui jantung dan pada masa yang sama, merangsang sel otot kardium untuk mengecut dengan serentak dan seragam.
  • Otot kardium bersifat miogenik.
  • Ini bermaksud jantung mengecut dan mengendur tanpa perlu menerima isyarat impuls daripada sistem saraf.
  • Sekiranya otot kardium disimpan dalam larutan beroksigen yang suam dan mengandungi nutrien, otot-otot akan mengecut dan mengendur secara beritma dengan sendiri.
 
Peredaran Daram dalam Manusia
  • Penghasilan daya yang menyebabkan peredaran darah dalam manusia adalah disebabkan oleh pengepaman jantung dan pengecutan otot rangka.
  • Pengecutan jantung dimulakan dan dikoordinasi oleh perentak jantung.
  • Perentak jantung ialah sekumpulan sel otot jantung khusus yang memulakan kadar pengecutan jantung dan terletak di dinding atrium kanan.
  • Perentak jantung menjana impuls elektrik yang merebak dengan cepat melalui dinding kedua-dua atrium menyebabkan atrium mengecut secara beritma.
  • Perentak jantung yang utama dikenali sebagai nodus sinoatrium (nodus SA).
  • Ketika pengepaman jantung, bunyi lub-dub boleh kedengaran.
  • Bunyi pertama 'lub' dihasilkan apabila injap trikuspid dan injap bikuspid tertutup.
  • Bunyi kedua 'dub' dihasilkan apabila injap sabit tertutup.
  • Pengepaman jantung membantu mengedar dan mengalirkan darah melalui arteri, arteriol dan kapilari darah.
  • Walau bagaimanapun, daya yang dihasilkan oleh pengepaman jantung tidak mencukupi untuk meneruskan pengaliran darah melalui vena untuk kembali ke jantung.
  • Di samping itu, darah terpaksa mengalir menentang tarikan daya graviti.
  • Kehadiran injap dalam vena memastikan darah mengalir dalam satu hala ke jantung.
  • Pengaliran darah dalam vena dibantu oleh pengecutan otot licin yang terdapat pada dinding venul dan vena dan pengecutan otot rangka di sekeliling vena.
  • Pengecutan otot rangka menekan dan mencerut vena lalu menyebabkan injap terbuka untuk membenarkan darah mengalir ke arah jantung.
  • Injap kemudian tertutup untuk menghalang darah mengalir balik semula ke arah kaki.