Muat Turun App
Google Android
Apple iOS
Huawei
English
English
Malay
Pelawat
Log Masuk
Daftar
Utama
Kuiz
Battle
Latihan
Kelas
Senarai Kelas
Jadual
Tugasan
Belajar
Hub Belajar
Nota Ringkas
Video
Eksperimen
Buku Teks
Log Masuk
Daftar
Muat Turun App
Google Android
Apple iOS
Huawei
EN
MS
Belajar
Nota Ringkas
Senarai
Membanding dan membezakan antara mekanisme pernafasan dalam manusia dengan haiwan
Mekanisme Pernafasan
8.2
Mekanisme Pernafasan
Mekanisme Pernafasan Serangga
Tarikan Nafas
Semasa menarik nafas, otot abdomen mengendur.
Hal ini menurunkan tekanan udara dalam trakea dan udara memasuki trakea melalui spirakel.
Hembusan Nafas
Semasa menghembus nafas, otot abdomen mengecut.
Ini meningkatkan tekanan udara dalam trakea dan seterusnya memaksa udara keluar melalui spirakel.
Mekanisme Pernafasan Katak
Tarikan Nafas
Apabila katak bernafas melalui lubang hidung, mulut dan glotis tertutup dan dasar rongga bukofarinks diturunkan.
Tekanan udara yang rendah dalam rongga bukofarinks menarik udara masuk ke dalam rongga bukofarinks melalui lubang hidung.
Hembusan Nafas
Apabila peparu mengecut, udara disingkarkan daripada peparu.
Hal ini dibantu oleh tekanan abdomen dan sifat kekenyalan peparu.
Sebahagian udara keluar melalui lubang hidung manakala yang selebihnya bercampur dengan udara di dalam rongga mulut.
Mekanisme Pernafasan Ikan
Tarikan Nafas
Apabila mulut dibuka, bahagian dasar rongga mulut diturunkan.
Pada masa yang sama, ruang operkulum dibesarkan dan bukaan operkulum ditutup.
Ini mengurangkan tekanan di dalam rongga mulut.
Air dari luar yang mengandungi oksigen terlarut memasuki mulut.
Hembusan Nafas
Apabila mulut ditutup, bahagian dasar rongga bukal dinaikkan.
Air akan mengalir melalui lamela insang dan pertukaran gas antara darah dengan air berlaku secara resapan.
Pada masa yang sama, otot operkulum mengendur dan ruang operkulum dikecilkan.
Isi padu rongga bukal dikurangkan dan tekanan di dalam rongga bukal menjadi lebih tinggi daripada tekanan di luar.
Tekanan yang tinggi menyebabkan air mengalir keluar melalui bukaan operkulum yang terbuka.
Mekanisme Pernafasan Manusia
Tarikan Nafas
Otot interkosta luar mengecut manakala otot interkosta dalam mengendur.
Tindakan ini menyebabkan sangkar rusuk dinaikkan ke atas dan ke arah depan.
Pada masa yang sama, otot diafragma mengecut dan diafragma turun ke bawah menjadi leper dan mendatar.
Kedua-dua pergerakan ini menyebabkan isi padu rongga toraks bertambah dan tekanan rongga toraks berkurang.
Tekanan atmosfera yang lebih tinggi di luar mendesak udara masuk ke dalam peparu.
Hembusan Nafas
Otot interkosta luar mengendur manakala otot interkosta dalam mengecut.
Tindakan ini menyebabkan sangkar rusuk digerakkan ke bawah dan ke dalam.
Pada masa yang sama, otot diafragma mengendur dan diafragma melengkung ke atas berbentuk kubah.
Kedua-dua pergerakan ini menyebabkan isi padu rongga toraks berkurangan dan tekanan rongga toraks bertambah.
Udara didesak keluar daripada peparu.
Membanding dan Membezakan Antara Mekanisme Pernafasan Dalam Manusia dan Haiwan
Persamaan
Manusia dan haiwan mempunyai struktur khas berotot untuk mengembang dan mengecutkan rongga pernafasan.
Mekanisme pernafasan melibatkan perubahan isi padu dan tekanan dalam rongga pernafasan.
Perbezaan

Bab : Sistem Respirasi dalam Manusia dan Haiwan
Topik : Membanding dan membezakan antara mekanisme pernafasan dalam manusia dengan haiwan
Tingkatan 4
Biologi
Lihat semua nota bagi Biologi Tingkatan 4
Nota yang berkaitan
Jenis Sistem Respirasi
Pertukaran Gas dalam Manusia
Isu Kesihatan Berkaitan Sistem Respirasi Manusia
Bidang Biologi dan Kerjaya
Keselamatan dan Peraturan dalam Makmal Biologi
Komunikasi dalam Biologi
Penyiasatan Saintifik dalam Biologi
Struktur Sel dan Fungsi Sel
Proses Hidup Organisma Unisel
Proses Hidup Organisma Multisel
Laporkan nota ini
Battle Kuiz
Cabar rakan anda dalam Kuiz Battle
Ketahui lebih lanjut
Register for pandai account for free now
Kemas kini Kandungan
×
Loading...
Kuiz
Video
Nota
Akaun