Aras Organisasi

2.4 Aras Organisasi
 
Pengenalan
  • Setiap organisma multisel terdiri daripada banyak organ
  • Organ yang berlainan bekerja secara bersepadu untuk melakukan sesuatu fungsi khusus membentuk satu sistem organ
  • Gabungan semua sistem organ dikoordinasi dan bekerjasama sebagai satu unit organisma lengkap
  • Urutan organisasi sel dalam organisma multisel ditunjukkan seperti di bawah
 
mej ini menunjukkan carta alir yang menerangkan tahap organisasi dalam biologi. Carta ini bermula dari sel di bahagian atas, diikuti oleh tisu, organ, sistem, dan akhirnya organisma di bahagian bawah..Setiap tahap dalam carta dihubungkan dengan anak panah yang menunjukkan arah dari sel ke organisma.
 
Sistem Organ Utama dalam Manusia
Sistem Endokrin
  • Kelenjar endokrin yang merembeskan hormon
  • Fungsi utama: mengkoordinasi aktiviti badan bersama-sama dengan sistem saraf
Sistem Respirasi
  • Trakea, hidung, peparu dan diafragma
  • Fungsi utama: pertukaran gas oksigen dan gas karbon dioksida antara badan dengan persekitaran luar
Sistem Otot
  • Otot rangka, otot licin dan otot kardium
  • Fungsi utama: mengecut dan mengendur untuk menghasilkan pergerakan bahagian badan yang berlainan
Sistem Limfa
  • Limpa, nodus limfa dan salur limfa
  • Fungsi utama: mengekalkan keseimbangan bendalir badan dan mencegah jangkitan penyakit
Sistem Pembiakan Lelaki
  • Testis, kelenjar prostat dan zakar
  • Fungsi utama: menghasilkan sperma dan hormon seks lelak
Sistem Pembiakan Perempuan
  • Ovari, uterus, tiub Falopio, faraj dan serviks
  • Fungsi utama: menghasilkan ovum dan hormon seks perempuan
Sistem Saraf
  • Otak, saraf tunjang dan saraf periferi
  • Fungsi utama: mengesan dan menghantar maklumat dalam badan serta mengkoordinasi aktiviti badan
Sistem Peredaran Darah
  • Jantung, arteri, vena dan kapilari darah
  • Fungsi utama: mengangkut nutrien, gas respirasi dan hasil perkumuhan
Sistem Pencernaan
  • Mulut, esofagus, perut, hati, pankreas, usus kecil dan usus besar
  • Fungsi utama: mencernakan bahan makanan kepada bentuk ringkas yang mudah diserap
Sistem Urinari
  • Ginjal, ureter, uretra dan pundi kencing
  • Fungsi utama: menyingkirkan hasil perkumuhan seperti urea dan asid urik daripada badan
Sistem Rangka
  • Tulang, rawan, ligamen dan tendon
  • Fungsi utama: menyokong badan dan melindungi organ dalaman serta menjadi asas pautan otot
Sistem Integumen
  • Kulit
  • Fungsi utama: melindungi badan daripada kecederaan fizikal, jangkitan dan penyahhidratan
 
Sistem Organ Utama dalam Tumbuhan
Sistem Pucuk
  • Sistem pucuk terdiri daripada batang, daun, pucuk, bunga dan buah
  • Batang dan ranting menyokong daun pada kedudukan menegak supaya daun dapat menyerap cahaya matahari yang maksimum semasa fotosintesis
  • Bunga terlibat dalam proses pembiakan tumbuhan
Sistem Akar
  • Sistem akar terdiri daripada semua akar dalam tumbuhan yang berfungsi menyerap air dan garam mineral serta memberi sokongan kepada tumbuhan