|
3.1.5 Kelebihan Standard Library |
Pengenalan Standard Library |
- Standard library dalam pengaturcaraan merupakan koleksi kaedah atau fungsi yang disediakan dan diguna pakai sewaktu implementasi dalam kod atur cara.
- Standard library perlu ditakrifkan dalam spesifikasi bahasa pengaturcaraan.
- Standard library juga merupakan sebahagian daripada arahan dalam atur cara, termasuklah definisi bagi algoritma yang biasa digunakan, struktur data, dan mekanisme bagi input dan output.
- Antara standard library yang terdapat dalam JavaScript:
- math.js bagi fungsi-fungsi matematik seperti math.sqrt()dan math.pow().
- date.js bagi fungsi-fungsi tarikh seperti date.now() dan date.format().
|
Kelebihan Standard Library |
- Digunakan tanpa mengetahui cara pelaksanaannya.
- Boleh digunakan berulang-ulang kali apabila diperlukan dalam atur cara dengan hanya memanggil fungsinya.
- Dapat mengurangkan masa pembangunan atur cara kerana tidak perlu menulis pernyataan berulang-ulang kali.
|
|
|
3.1.6 Penggunaan Standard Library dalam Bahasa Penskripan Klien |
- Standard library yang kerap diguna pakai dalam JavaScript yang terdiri daripada fungsi ‘built-in’ dan pemalar dengan pelbagai jenis data.
- Juga boleh digunakan dalam node.js dalam pelayan (server) dan dalam pelayar (browser) untuk atur cara klien.
- Fungsi-fungsi dalam math.js:
Fungsi |
Penerangan |
math.add(x,y) |
Menambah 2 nombor |
math.divide(x,y) |
Membahagi 2 nombor |
math.subtract(x,y) |
Menolak 2 nombor |
math.pow(x,y) |
Mengira kuasa kepada nombor |
math.sqrt(x) |
Mengira punca kuasa bagi nombor |
math.cube(x) |
Mendarab tiga nombor yang sama (x * x * x) |
math.sort(x) |
Mengisih unsur-unsur dalam satu matriks |
|
- Satu program yang mempunyai antara muka bergrafik yang memaparkan fail-fail HTML dan digunakan untuk navigasi WWW (World Wide Web).
|
- Fungsi-fungsi dalam date.js:
Fungsi |
Penerangan |
Date.today() |
Menghasilkan tarikh hari ini |
Date.parse(‘today’) |
Menukar bentuk objek kepada bentuk objek Date |
Date.today() .add() .days() |
Menambah hari kepada hari ini |
|
|
|
3.1.7 Penggunaan Procedure dan Function untuk Meringkaskan Atur Cara dalam Bahasa Penskripan Klien |
- Subatur cara JavaScript mempunyai banyak barisan arahan yang dihimpunkan dalam 1 blok kod yang dikenali sebagai modul.
- Barisan arahan tersebut boleh dipecahkan mengikut tugas masing-masing dan dihimpunkan dalam modul yang berasingan yang dipanggil subatur cara.
- Terdapat 2 jenis subatur cara iaitu:
- Prosedur (Procedure) – Tidak memulangkan data.
- Fungsi (Function) – Akan memulangkan data.
|
Cara Memanggil/Menggunakan Procedure dan Function untuk Meringkaskan Atur Cara Bahasa Penskripan Klien |
- Subatur cara akan menggunakan subatur cara lain bertujuan supaya kod pernyataan-pernyataan dalam subatur cara lain akan dilaksanakan.
- Hubungan 2 subatur cara ialah pemanggil dan dipanggil.
- Subatur cara (pemanggil) memanggil nama subatur cara (dipanggil) dalam badan subatur cara (pemanggil).
|
- Setiap prosedur (procedure) dan fungsi (function) mempunyai kurungan.
- Dalam kurungan terdapat nama parameter yang dipisahkan oleh simbol “,” (comma).
- Parameter ataupun argumen membolehkan prosedur dan fungsi menghantar nilai (pemanggil) dan diterima oleh prosedur dan fungsi yang dipanggil.
- Ungkapan parameter rasmi (formal parameter) digunakan merujuk parameter bagi subatur cara yang dipanggil.
- Ungkapan parameter sebenar (actual parameter) digunakan untuk merujuk pemboleh ubah di dalam subatur cara pemanggil.
|
- Fungsi (Function) akan mengembalikan kawalan kepada pemanggil.
- Sesetengah fungsi (function) bukan sahaja mengembalikan kawalan tetapi pemboleh ubah.
|
|
|
3.1.8 Penggunaan Tatasusunan (Array) dalam Bahasa Penskripan Klien |
Penggunaan tatasusunan adalah untuk menyimpan satu senarai nilai dalam satu pemboleh ubah. |
|
|
3.1.9 Atur Cara Interaktif yang Mengandungi Pengisytiharan Data, Struktur Kawalan, Procedure dan Function serta Tatasusunan |
- JavaScript digunakan dalam pelbagai persekitaran.
- Seperti berinteraksi dengan pelayan, menambah animasi pada laman web, memanipulasi imej dan menyimpan serta memproses data pengguna.
- Sebagai permulaan, kita boleh menggunakan butang atau tag HTML \(\lt\)
button \(\gt\) untuk pengguna berinteraksi dengan laman web.
- Tag HTML \(\lt\)
button \(\gt\) digunakan untuk laman web interaktif, iaitu butang adalah terhasil dalam dokumen HTML (laman web).
- Menggunakan tag HTML \(\lt\)
button \(\gt\) dan memanggil procedure/function untuk melaksanakan arahan dalam atur cara interaktif.
- Tag HTML \(\lt\)a\(\gt\)...\(\lt/\)a\(\gt\) atau hyperlink digunakan supaya pengguna dapat berinteraksi dengan laman web.
- Cara untuk melaksanakan arahan atur cara dengan mengklik pada teks atau imej untuk ke tapak web atau laman web yang ditentukan.
|
|
|