|
10.2 |
Peranan Malaysia dalam Hubungan Ekonomi Antarabangsa |
|
|
 |
|
Meluaskan Pasaran Ekonomi |
- Malaysia bersetuju untuk mempermudah dan meningkatkan perdagangan sesama anggota ASEAN.
- Ini membawa kepada kelahiran ASEAN Free Trade Area - AFTA (Kawasan Perdagangan Bebas ASEAN) pada tahun 1992.
- AFTA bertujuan menjadikan ASEAN tempat produktif yang kompetitif bagi hasil keluaran ASEAN.
- Malaysia terlibat sepenuh dalam AFTA.
|
|
|
Dominasi Ekonomi Negara Maju |
- Malaysia berhadapan dengan sekatan dan halangan perdagangan dalam bentuk tarif dan cukai.
- Ini jejaskan perdagangan negara.
- Bersuara agar layanan yang saksama diberi untuk semua negara.
- Dibangkitkan dalam PBB dan Asia - Pacific Economic Cooperation - APEC (Kerjasama Ekonomi Asia Pasifik).
|
|
|
Definisi Tarif dan Cukai |
- Tarif: Bayaran yang dikenakan oleh kerajaan terhadap barang dan perkhidmatan yang diimport.
- Cukai: Bayaran yang dikenakan oleh kerajaan terhadap orang perseorangan (perbadanan, syarikat, barang-barang) untuk perbelanjaan segera.
|
|
|
Kerjasama Pembangunan Segi Tiga |
- Mengurangkan dari bergantung pada pasaran kewangan antarabangsa.
- Mewujudkan pelbagai badan dan tindakan yang berkaitan seperti Koperasi ASEAN dan Bank ASEAN.
|
|
|
Kerjasama |
IMT-GT |
Indonesia-Malaysia-Thailand-Growth Triangle |
SIJORI-GT |
Singapura-Johor-Riau-Growth Triangle |
BIMP-EAGA |
Brunei-Indonesia-Malaysia-Philippines East ASEAN Growth Area |
|