|
9.8 |
Malaysia dalam Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC) |
|
|
Persidangan Negara-Negara Islam (OIC) |
- Malaysia menyertai OIC yang dianggotai oleh 57 buah negara.
- Pertubuhan ini ditubuhkan pada 25 September 1969 bersempena dengan Persidangan Dunia Islam pertama di Rabat, Maghribi.
- Tindakan puak Zionis menyerang Masjid Al-Aqsa mendorong para pemimpin Islam menubuhkan OIC untuk memperjuangkan kepentingan umat Islam.
|
|
|
Negara Anggota OIC |
- OIC terdiri daripada 57 buah negara Islam di seluruh dunia.
- Kebanyakannya dari negara Timur Tengah dan Utara Afrika.
- Terdapat juga ahlinya dari negara Asia Tenggara, Eropah dan juga Amerika.
|
|
 |
- Tunku Abdul Rahman dilantik sebagai Setiausaha Agung yang pertama dan memegang jawatan tersebut antara tahun 1970 hingga 1974.
- Tugas utama Tunku Abdul Rahman adalah untuk mengukuhkan OIC dan memastikan masyarakat Islam di seluruh dunia mendapat pembelaan yang sewajarnya.
|
|
|
- Tun Abdullah Ahmad Badawi, Perdana Menteri Malaysia kelima dilantik menjadi pengerusi pertubuhan ini pada tahun 2003.
- Malaysia berhadapan dengan tohmahan yang sedang melanda umat Islam kerana sering dikaitkan dengan 3K, iaitu keganasan, kemiskinan dan kemunduran.
- Malaysia mengentengahkan kesederhanaan dan menolak keganasan.
|
|
|
- Pembinaan Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM).
- Pelajar dari negara OIC diberikan biasiswa untuk belajar di Universiti ini.
|
|