Rancangan Colombo |
- Bertujuan untuk menangani masalah kemiskinan dalam kalangan anggota Komanwel.
- Mendapat khidmat nasihat berkaitan dengan pendidikan, pertanian, teknikal dan kesihatan.
- Terlibat dalam program latihan untuk kakitangan awam dan pembangunan sektor swasta.
- Memberikan bantuan dalam pelbagai bidang kepada negara anggota yang belum membangun melalui Rancangan Colombo ini.
|
Kerjasama Pertahanan |
- Malaysia terlibat dalam kerjasama pertahanan melalui perjanjian yang ditandatangani pada 12 Oktober 1957 antara Britain dan Tanah Melayu.
- Perjanjian ini membolehkan Britain serta negara Komanwel memberikan komitmen terhadap pertahanan negara.
- Kerajaan menyediakan kemudahan kepada tentera British dan pasukan Simpanan Strategik Komanwel sama ada untuk obligasi Komanwel mahupun keperluan antarabangsa.
|
Kerjasama Ekonomi |
- Komoditi utama negara dieksport ke negara anggota Komanwel dengan lebih mudah.
- Kadar cukai yang dikenakan lebih rendah.
- Pelbagai kemudahan disediakan seperti kemudahan kredit dan bantuan dana Komanwel.
- Pelaburan daripada negara Komanwel.
|
Penentangan Dasar Aparteid |
- Malaysia menentang dasar ini.
- Sebab dasar ini menyalahgunakan hak asasi manusia dengan membezakan hak seseorang berdasarkan warna kulit.
- Hasilnya, Afrika Selatan menarik diri dari Komanwel.
|
Mesyuarat Ketua-Ketua Negara Komanwel (CHOGM) |
- Diadakan dua tahun sekali.
- Bagi membincangkan isu semasa antarabangsa yang berkaitan dengan negara anggota.
- 1989 - Malaysia menjadi tuan rumah.
|
Sukan Komanwel |
- Merupakan sukan kedua tebesar di dunia.
- Diadakan empat tahun sekali.
- Mampu mengeratkan hubungan antara negara anggota.
- Pencapaian atlet kita, mengharumkan nama negara.
- 1998 - Malaysia menjadi tuan rumah.
|