Pembasmian Kemiskinan |
- Pemberian subsidi dan sokongan kepada penanam padi dan nelayan untuk meningkatkan produktiviti pengeluaran.
- Golongan belia diberi latihan di agensi kerajaan seperti Institut Latihan Perindustrian (ILP) untuk mereka mendapatkan kerja yang berpendapatan tinggi.
|
Penyusunan Semula Masyarakat |
- Meningkatkan tenaga kerja dan penyertaan bumiputera dalam pengurusan sektor moden.
- Latihan bidang pengurusan harta dan etika perniagaan diberi oleh kerajaan.
- Pemberian kontrak, kuota dan lesen kepada perniagaan bumiputera dan bukan bumiputera.
- Bumiputera didedahkan teknologi baharu, kemudahan model, maklumat pasaran dan hubungan perniagaan dalam pasaran antarabangsa.
|
Penyusunan Semula Model Saham |
- Dibuat supaya bahagian saham bumiputera dapat ditingkatkan.
- Agar matlamat DEB dicapai sekurangya 30 peratus dalam pemilikan, penguasaan dan pengurusan sektor moden.
- Agensi amanah yang dikhaskan untuk bumiputera:
- Majlis Amanah Rakyat (MARA)
- Perbadanan Nasional Berhad (PERNAS)
- Perbadanan Kemajuan Ekonomi (PKEN)
|
Pembangunan Wilayah |
- Institut Penyelidikan dan Kemajuan Pertanian Malaysia / Malaysian Agricultural Research and Development Institute (MARDI) ditingkatkan.
- Konsep pertanian pintar digunakan untuk meningkatkan hasil pertanian.
- Penyebaran industri terpilih digalakkan.
- Mendorong sektor swasta menempatkan semula kilang tambahan di negeri kurang maju.
|