Pembentukan Durbar Negeri-negeri Melayu Bersekutu (NNMB)
|
- Dibentuk pada 1897
- Digunakan oleh Raja-raja Melayu negeri Perak, Selangor, Pahang dan Negeri Sembilan untuk bincang hal ehwal pentadbiran Kerajaan Persekutuan dengan British
|
Majlis Sultan-Sultan Semasa Malayan Union
|
- Perlembagaan Malayan Union memperuntukkan penubuhan Majlis Sultan-Sultan
- Dipengerusikan oleh Gabenor Malayan Union
- Mempunyai 9 orang Raja Melayu dan 3 pegawai kanan British
- Berfungsi untuk membincangkan undang-undang berkaitan dengan agama Islam & menasihati Gabenor tentang perkara yang dibangkitkan oleh Raja-Raja Melayu
|
Majlis Raja-Raja Semasa Persekutuan Tanah Melayu 1948
|
- Malayan Union digantikan dengan Majlis Raja-Raja Melayu pada 1948
- Diurus oleh Raja-Raja Melayu
- Pengerusi mesyuarat ditentukan oleh Raja-raja Melayu dalam kalangan 9 orang Raja Melayu
- Diberi hak dan kuasa untuk mendapat penerangan Pesuruhjaya Tinggi British tentang penggubalan undang-undang &dasar Kerajaan Persekutuan
|
Majlis Raja-Raja Selepas Merdeka
|
- Yang di-Pertua Negeri Melaka dan Pulau Pinang menjadi ahli Majlis Raja-Raja
- Selepas 1963, Yang di-Pertua Negeri Sarawak dan Sabah menjadi ahli
|
Kedudukan Majlis Raja-Raja dalam Perlembagaan Persekutuan
|
Fungsi Majlis Raja-Raja:
- Memilih Yang di-Pertuan Agong dan Timbalan Yang di-Pertuan Agong
- Memperkenankan pindaan perlembagaan bagi perkara-perkara tertentu
- Memperkenankan perubahan persempadanan negeri setelah mendapat perkenan raja negeri berkenaan
- Menjadi Lembaga Pengampunan bagi kes-kes tertentu
- Bersetuju atau tidak bersetuju sebarang undang-undang yang memerlukan persetujuan Majlis Raja-Raja
- Memberikan nasihat berkaitan dengan pelantikan jawatan tertentu
- Menjadi rujukan dalam perubahan dasar berhubung dengan kedudukan istimewa orang Melayu, bumiputera di Sarawak dan Sabah dan kepentingan sah kaum lain
|