|
3.1 |
Latar Belakang Pemerintahan Beraja dan Demokrasi Berparlimen |
|
|
Pengenalan |
- Pemerintahan beraja merupakan tradisi yang berakar umbi dan menjadi teras kewujudan kerajaan Melayu.
- Raja memerintah dengan kuasa yang penuh dan berdaulat.
- Cabaran terhadap pemerintahan beraja berlaku selepas pentadbiran tempatan dikuasai oleh British dan Jepun.
- Pemerintahan beraja berkembang sejajar dengan peredaran masa sehingga diiktiraf sebagai Raja Berperlembagaan seiring dengan konsep Demokrasi Berparlimen dalam pemerintahan negara kita pada hari ini.
|
|
|
Pemerintahan Beraja Kesultanan Melayu Melaka |
- Raja ialah pemerintah kuasa mutlak (Kuasa pemerintahan termasuk kuasa pentadbiran, perundangan dan kehakiman).
- Pemerintahan berdasarkan undang-undang seperti
- Hukum Kanun Melaka.
- Undang-Undang Laut Melaka.
- Pemerintahan ini membina tradisi dan adat istiadat yang diwarisi oleh kesultanan Melayu.
- Raja-raja Melayu dianggap sebagai sumber undang-undang, ketua kerajaan dan ketua agama.
- Keabsahan bagi semua tindakan terletak pada kedaulatan Raja-raja Melayu.
|
|
|
Kesultanan Melayu Selepas Kesultanan Melayu Melaka |
- Legasi Kesultanan Melayu Melaka diteruskan secara langsung oleh Kesultanan Johor Riau, Pahang dan Perak.
- Kesultanan Terengganu dan Selangor merupakan kesinambungan daripada Kesultanan Johor Riau.
- Kesultanan Kelantan, Negeri Sembilan dan Perlis diasaskan setelah berakhirnya Kesultanan Melayu Melaka.
- Kesultanan Kedah merupakan kerajaan terawal yang diasaskan di negara kita.
- Kesultanan Kedah mengakui pertuanan Kesultanan Melayu Melaka.
|
|
|
Sebelum Perang Dunia Kedua |
- British memperkenalkan Sistem Residen di NNMB dan Sistem Penasihat di NNMTB.
- Raja-raja Melayu memerintah dengan campur tangan British.
|
|
|
- Raja-raja Melayu diiktiraf sebagai ketua hal ehwal agama Islam.
- Kedudukan Raja-raja Melayu di negeri masing-masing berada bawah pengawasan Gabenor Jepun di Tanah Melayu.
|
|
|
Selepas Perang Dunia Kedua |
- Pengenalan Malayan Union mencabarkan pemerintahan beraja.
- Kuasa pemerintahan diambil oleh Raja England.
- British memerintah Malayan Union melalui Gabenor.
- Penentangan Malayan Union oleh Raja-raja Melayu menyebabkan MU digantikan dengan Persekutuan Tanah Melayu.
- Kedaulatan Raja-raja Melayu dikembalikan melalui Perjanjian Persekutuan Tanah Melayu 1948.
- Undang-undang Tubuh mengangkat Raja-raja Melayu sebagai Raja Berperlembagaan.
|
|