Kata tanya |
Penggunaan |
Contoh |
Apa |
Menanyakan binatang, hal, perkara, benda dan perkara abstrak. |
Apakah masalah kamu? |
Adakah |
Menanyakan soalan yang perlu dijawab 'ya' atau 'tidak'. |
Adakah kamu bersetuju dengan pendapat saya? |
Bagaimana |
Menanyakan cara dan keadaan. |
Bagaimanakah keadaan Saiful selepas kemalangan itu? |
Berapa |
Menanyakan jumlah, bilangan atau harga. |
Kamu mahu berapa bijik epal? |
Bila |
Menanyakan masa atau waktu. |
Bilakah waktu yang sesuai untuk saya meminang kamu? |
Kenapa |
Menanyakan sebab atau alasan. |
Kenapakah kamu menangis? |
Mengapa |
Menanyakan sebab atau alasan. |
Mengapakah dia memukul Zaid? |
Mana |
Menanyakan tempat, benda atau orang. |
Kamu dari mana? |
Siapa |
Menanyakan orang atau manusia. |
Emak menelefon siapa? |